Wednesday, 11 April 2012

MASAKAN BARAT...........


Resepi Spegeti seafood
1 peket spegeti ( rebus hingga lembut dan angkat )
6 ulas bawang putih
6 biji cili merah di buang biji
2-4 biji cili padi ( Jika suka lebih pedas… resepi asal tak taruh )
2 biji tomato di potong 2 @ 4 ( guna tomato cherry boleh jugak!!)
8-10 ekor udang sederhana
3-4 ekor sotong  ( dipotong )
1/2 cawan minyak zaitun
6 biji limau kasturi ( ambil jusnya )
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa ( optional )
daun bawang
daun ketumbar
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali
2. Goreng sebentar seafood bersama lada sulah dan sedikit garam. Kemudian angkat.
3. Goreng pula bawang putih dan cili merah, cili padi serta tomato hingga layu dan sedikit kekemasan.
4. Kisar bawng putih goreng, cili merah, cili padi, buah tomato yang telah di goreng tadi bersama minyak-minyaknya, gula, garam, perasa, jus limau. Kisar hingga lumat dan sesuaikan rasa terlebih dahulu.
5. Jika rasanya telah cukup, tuangkan sos tadi ke dalam spegetti. Kacau hingga rata. Boleh masukkan minyak zaitun lagi jika perlu.
6. gaulkan dengan daun bawang, daun ketumbar serta seafood tadi bersama spegetti hingga rata. Kemudian boleh di hidangkan.
 

_________________________________________________________________________________


Bahan-Bahannya :

4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
½ cawan jus limau
½ cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad


1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam. 
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas. 
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad. 
5. hidang bersama sos chicken chop.



SOS / Gravy

150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dapat di super/mrkt - dalam paket)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)



1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air rebusan (stok ayam).

2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.




_________________________________________________________________________________

Hot Plate Toufu


Bahan-bahannya:

2 bungkus silken tofu
8 ekor udang yang sedang
3 ekor sotong
1 sudu besar taucho
2 biji telur
sedikit air
sedikit tepung jagung
1 sudu kecil lada sula
1 sudu besar sos tiram
1 sudu biji bawang besar- dihiris halus
½ sudu besar bawang putih
1 batang lobak merah
1 tin kecil cendawan
garam secukup rasa

Cara-Caranya :

Tofu dipotong 4, taburkan sedikit tepung jagung hingga rata, panaskan minyak dan goreng tahu hingga kuning. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih yang telah dikisar, tumis hingga wangi. Masukkan tachu, tumis lagi. Masukkan sotong yang telah dipotong dan sedikit air dan masukkan udang, lobak yang telah dihiris dan cendawan, kacau rata.
Masukkan tofu yang telah digoreng, ratakan. Panaskan hot plate, tuang sedikit minyak, ratakan, pukul 2 biji telur, garam dan lada sula. Kemudian tuang di hot plate hingga rata agak ½ masak
telurnya, masukkan bahan-bahan di atas dan ratakan. Hidangkan




_________________________________________________________________


Fettuccine Alfredo


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • fettuccine atau pasta lain
  • butter 3 sudu besar
  • tepung gandum 2 sudu besar
  • susu 1 cawan
  • ayam, udang
  • sayur-sayuran (broccoli, kobis, mixed veggie, etc)
  • garam, lada hitam, herbs (parsley, basil, oregano etc),
  • keju parmesan

Cara-cara

  1. Rebus fettuccini mengikut arahan pada kotak.
  2. Sos: Cairkan butter dan masukkan tepung. Kacau 2-3 minit sehingga tepung masak.
  3. Masukkan susu dan kacau. Boleh juga tambah pati ayam jika mahu. Tambah susu/air jika sos terlalu pekat atau tambah tepung jika sos terlalu cair.
  4. Masukkan ayam, udang dan seafood yang lain. Masukkan pula sayur-sayuran.
  5. Akhir sekali, perisakan dengan garam, lada hitam dan herba yang ada.
  6. Untuk menghidang, letak fettuccini ke atas pinggan dan tuangkan sos di tengah2nya. Sprinkle dengan parmesan cheese.
  7. Nota: semasa membuat sos saya tambahkan juga 3 sudu besar sos spaghetti untuk memberi sedikit warna dan rasa masam.


    Photo-0013



    _____________________________________________________________________________




    layers of lasagna


    Bahan-bahan ( 10-15 )

    • White Sauce
    • 250g butter - (sy pakai 1 buku Buttercup)
    • Tepung Gandum
    • 1 Litre - Susu Segar
    • Red Sauce
    • 7 ulas bawang putih dicincang halus
    • 3/4 biji lobak merah - dipotong halus dan memanjang lebih kurang dalm 3cm panjang
    • 5 biji tomato saiz kecil direbus dengan 1sb besar garam sehingga menggelupas kulit dan dilenyek
    • 1 tin Sup Pekat Tomato Campbell
    • 1sb Oregano
    • 1sb Italian Herbs (x ada pun x pe)
    • Serbuk Lada Hitam - sesedap rasa
    • Garam - secukup rasa
    • Gula - secukup rasa
    • Olive Oil
    • 2 1/2 kiub pati ayam Knorr
    • Lasagna leaf - (sy pakai San Remo)

    Cara-cara

    1. Red Sauce
    2. Panaskan Olive Oil dalam kuali
    3. Masukkan bawang putih yang telah dicincang halus, goreng sehingga naik bau
    4. Masukkan daging/ayam kisar, biarkan seketika
    5. Tambah kiub pati ayam Knorr
    6. Masukkan tomato yang telah dilenyek dan 1 tin sup pekat tomato. Tambahkan serbuk lada hitam,garam,gula,oregano dan Italian herbs.
    7. Masukkan lobak merah yg telah dipotong halus dan biarkan sehingga masak dan sos pekat.
    8. White Sauce - dalam kuali lain, panaskan 1 buku buttercup.
    9. Masukkan tepung gandum 1 sudu besar by satu sudu besar then kacau (part ni tricky skit- masukkan tepung gandum then kacau. 1sb by 1sb sehingga texture cam mashed potato)* pastikan jgn berketul
    10. Seterusnya masukkan susu segar sedikit demi sedikit and kacau sampai melarut kedalam campuran tepung tadi. Pastikan tidak berketul - ketul
    11. Ambil loyang dan masukkan Red Sauce, layerkan dgn lasagna leaf, then White Sauce n lasagna leaf sekali lagi. Ulang proses ni dan diakhiri dengan layer White Sauce
    12. Bakar dalm suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.


      338400_2736904056470_1073405467_2247842_901578361_o



      _________________________________________________________________________




      Pesto alla Genovese, fresh basil pesto



      Bahan-bahan ( 3 orang )

      • 2 genggam daun basil segar
      • 2 sudu besar pine nuts
      • 50 gram parmesan cheese - diparut halus
      • 1 biji bawang putih (saya guna serbuk bawang putih je)
      • minyak zaitun (tp saya guna minyak bunga matahari je)
      • garam secukup rasa
      • setengah paket spageti, dan minyak untuk direbus

      Cara-cara


      1. rebus spageti bersama sedikit minyak. masukkan setengah dari daun basil, pine nuts dan cheese ke dalam food processor. buat sampai lumat.
      2. masukkan minyak zaitun sedikit dan garam ke dalam adunan.
      3. bila sudah lumat, masukkan basil, pine nuts dan cheese yg masih tertinggal td, dan bawang putih ke dalam food processor.
      4. gaulkan adunan bersama spageti. tambah sedikit air masak sewaktu menggaul.
      5.  boleh lah dihidang bersama chicken ball, dan parutan cheese. tada,dah siap pun...sng,kan...


        Dsc00847 


        _____________________________________________________________________



        Grilled steak



        Bahan-bahan ( 1 orang )

        • 2 ulas bawang putih (potong dadu, potong halus2)
        • Sedikit halia (finely chopped)
        • Sedikit madu
        • Oregano
        • Olive oil
        • Kicap manis secukupnya
        • Black pepper
        • 1 keping steak (beli yang siap potong kat Carrefour/Giant/mana-mana pasaraya)

        Cara-cara

        1. Bersihkan steak dan toskan seketika.
        2. Marinate steak dengan semua bahan-bahan.
        3. Untuk tambah lagi sedap, marinate semalaman. The longer the yummy-ier :)
        4. Bakar atas stove atau oven selama lebih kurang 15-
          20 minit



          _____________________________________


POST BY : NOOR LIYANA

Puding Kasih Bertaut

Bahan-bahan A :


1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan ( ros ganti dengan susu soya)
1/2 cawan gula
1 biji telur ( ni ros tak letak) 
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.


Bahan-bahan B :


1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.


Post By : EYRA

MASAKAN KAMPUNG ...






Bahan-Bahan :
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
3 sudu madu
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara-Cara :
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, madu,  sos tiram, sos ikan ( jangan banyak sesangat - secukup rase).  Campurkan bawang putih yang dihiris.  Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit.  Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.

Kalau nampak tak cukup masak, lamakan sikit.  Kalau nak tambah more accessories pun boleh, cth hirisan bawang besar, daun sup, button mushroom, carrot dll...



Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan kesemua sehingga sebati.




Bahan-bahannya :

10 ekor udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas

5 ulas bawang merah
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula

Caranya :

Bersihkan udang dan toskan.  Taburkan sedikit gula diatasnya.  Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan santan ke dalam kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan.  Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas dan sedikit garam.  Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik.  Angkat dan hidangkan.











½ biji kelapa parut
daun pisang dan lidi
sedikit minyak


Tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai lada kering (direndam dahulu)
1 inci halia


Perasa
garam secukup rasa





Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan.
Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan lidi.
Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi. 




(Hidang Untuk 4 Orang)
Daging/ayam dipotong kiub
1 botol natural yogurt (size kecik macam Nestle punya, kalau tak suka masam, kurangkan)
1 biji bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 tbsp ketumbar sebuk
1 tbsp jintan putih serbuk
1 tsbp cili serbuk
1/4 tbsp kunyit serbuk
2 helai bay leaves
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Cengkih
Minyak masak/minyak sapi / butter untuk menumis

Cara-Caranya:


1. Tumis bawang besar sampai brown colour.
2. Masukkan bawang putih & halia tumbuk.
3. Masukkan kulit kayu manis, pelaga & cengkih, tumis sampai wangi.
4. Masukkan rempah2 serbuk, tumis sampai wangi.
5. Masukkan daging/ayam, kacau sebentar.
6. Masukkan yogurt & bay leaf.
7. Lastly, masukkan garam & sedikit gula (utk menggantikan serbuk perasa..).



           




POST BY : RAHMAH

Puding Kismis Sos Kastard

Bahan-bahan:
60 gm mentega
45 gm gula perang
60 gm tepung gandum
60 gm kismis hitam
3 sudu besar treacle (sirap hitam)
1 sudu besar halwa pala bergula-dicincang
1 sudu kecil parutan kulit oren
2 sudu besar perahan jus oren
1 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur
1/8 sudu kecil serbuk biji pala

Cara menyediakan:
1.  Sediakan acuan, alas dasar dan kelilingnya dengan kertas minyak.
2.  Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga bercampur rata.
4.  Masukkan tepung yang sudah dicampur dengan serbuk penaik serta jus oren, kulit oren, pala cincang dan serbuk pala. Gaul lagi.
5.  Campurkan sedikit tepung ke dalam kismis.
6.  Masukkan ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.
7.  Tuangkan adunan ke dalam acuan.
8.  Tutup dengan kertas timah dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
9.  Kukus selama dua setengah jam atau sehingga tepi puding kelihatan renggang.
10. Cucuk tengah puding dengan lidi. Jika tidak melekat, maka puding sudah masak.
11. Hidangkan bersama sosnya (resipi sos kastard di bawah).


Sos Kastard

Bahan-bahan:
1/2 cawan susu sejat
1 cawan air
1 sudu besar kastard
Gula secukupnya
Sedikit esen vanila
Sedikit jus oren
Sedikit garam
Cara menyediakan:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
2. Kacau hingga rata dan kastard tidak bergentel.
3. Kacau di atas api kecil sehingga pekat (tetapi masih boleh dituang).

Post By : Norfazeera Zahari


Puding Roti Perang Bercoklat

Bahan-bahan:
1/2 buku roti perang - dihiris
250 ml susu segar
250 ml krim putar
125 gm gula
5 biji telur
10 ml esen vanila
80 gm serbuk koko
50 gm kismis
100 gm coklat masakan - diparut

Cara menyediakan:
1. Masukkan hirisan roti perang dan kismis ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.
3. Masukkan krim putar, susu segar dan dan serbuk koko.
4. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
6. Taburkan parutan coklat di atasnya.
7. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah Selsius.

(* Jika suka, bolehlah hidangkan bersama sos kastard dan hirisan buah-buahan)


Post by : Norfazeera Zahari



Tat Pandan Wangi

Bahan-bahan untuk pastri:

140 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu besar air
Secubit garam
1/4 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Kertas aluminium
Kacang hijau atau beras secukupnya
Cawan kertas secukupnya
Bahan-bahan untuk inti:

200 ml santan pekat
200 ml air
90 gm gula kastor
40 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
Secubit garam
1 sudu kecil pes pandan
Sedikit pewarna kuning dan hijau

Cara menyediakan kulit tat:

1.  Kacau telur, gula dan mentega hingga rata.
2.  Masukkan esen vanila, garam, pewarna kuning dan air. Gaul sebati.
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4.  Kemudian uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh yang lembut.
5.  Canai doh setebal 1 sm.
6.  Kemudian terap bulat mengikut ukuran acuan pai.
7.  Masukkan doh ke dalam acuan.
8.  Ratakan hingga menutupi bahagian tepinya.
9.  Cucuk doh dengan garpu sebelum dialas dengan kertas aluminium.
10. Masukkan kacang hijau atau beras hingga penuh.
11. Bakar separuh masak dalam ketuhar pembakar.
Cara menyediakan kastard pandan:
1. Kacau gula dan kuning telur hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung, air, santan, garam, pes pandan dan pewarna hijau serta kuning.
3. Kacau sehingga rata.
4. Tapis bahan-bahan ini supaya tidak berketul-ketul.
Cara menyediakan tat pandan wangi:
1. Tuangkan kastard pandan ke dalam kulit tat.
2. Bakar selama 20 minit dalam ketuhar pembakar pada suhu 180 darjah selsius.
3. Apabila masak, masukkan tat ke dalam cawan kertas.
4. Hidangkan tat ini untuk minum petang.


Post by : Norfazeera Zahari

Saturday, 7 April 2012

Watermelon Smoothie



Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500g tembikai
  • 200ml susu segar
  • 100ml plain yogurt
  • 3 sudu besar gula
  • sedikit hirisan tembikai untuk hiasan
  • sedikit chip coklat untuk hiasan
  • Daun pudina untuk hiasan
Cara-cara
  1. Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. 
  2. Bekukan tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
  3. Masukkan tembikai yang sudah dibekukan ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga susu segar, yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
  4. Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chip coklat dan juga daun pudina.




Create By: Rogayah Ramzan